Thursday, March 11, 2010

syafia Humaira

assalamualaikum,

Sedih sekali bila membaca kes pembunuhan si kecil ini.Begitu parah masyrakat Malaysia yang kononnya masyarakat penyayang .Sedihnya kejadian tersebut berlaku di kawasan kampung tapi ramai yang sanggup tengok aje, syafia ditendang macam bola.Agaknya budak2 yang main bola semasa tu hanya budak2 sekolah rendah kut, masih takut nak melawan pemandu teksi tu.Kalau kejadian ni berlaku kat bandar tu,paling tidakpun penduduk akan call polis.Orang akan kata orang bandar ni suka buat hal masing2 je tapi rasanya kalu ada benda suspicious mereka call polis serta merta.Tak taulah orang kat kawasan rumah murah batu 10 ulu yam ni,pondan ke apa agaknya.1 orangpun tak boleh lawan ke..........

Tapi kalau tak salah saya, ada penduduk di situ memohon maaf kerana tak dapat menolong syafia.bagi saya kalau dia tak ada masa tu saya terima maafnya tapi kalau dia ada tapi tak boleh tolong kerana pemandu teksi tu kata jangan masuk campur dalam urusan keluarga dia, itu tak masuk akal.Ada masa kita perlu masuk campur dalam hal orang contohnya mcm inilah.Tapi kalau penjahat tu siap pegang pisau ke, pistol ke, barulah tak boleh campur tapi call polis ajelah.Kematian Syafia ni, semua orang kat padang hari itu terlibat sebab mereka tak tolong dia.Tak ada perasaan ke apa orang2 kat situ hah?Kejam ke, penakut ke, itulah sifat yang hapus kita kikis dalam masyrakat kita hari ni.

Sebenarnya Syafia mati kerana Allah nak bongkarkan semua tipu muslihat mak dia,dan keluarga dia.Aduh parah sungguh dunia la ni.Mana mungkin seorang bapa tak ambil peduli anak perempuannya dah bercerai ke, menikah lain ke?Siapa jadi walinya.Tup2 dapat anak lagi sorang.Nampaknya sekarang ni jika anak perempuan tu bercerai ke, ibubapa mesti siasat , temankan anak ke pejabat kadi sampai selesai proses penceraian tersebut.kalau ibubapa tak terlibat pastikan tengok surat cerai sebelum anak tu kawin lain.Tak boleh hanya dengan lisan aje kena bukti yang nyata.Kalau anak datang bagitau dia dah kawin senyap2, minta surat nikahnya.Siasat nikah tu sah ke tak, barulah tak ada masalah nanti bila dah dapat anak nak daftar senang.

Bagi tuan rumah Islam, kalau nak sewa rumah dekat orang ,minta surat nikah dulu.Tak kira muda ke tua pasangan tersebut sebab banyak sangat pasangan yang bersekedudukan.Kalau tuan rumah tu bukan Islam , maka saya syorkan pengerusi persatuan penduduk di kawasan 2 perumahan, melawat setiap jiran Islam yang baru pindah dan minta salinan surat nikah.Dengan ni kita semua taklah menanggung dosa pasangan yang bersekedudukan tapi menipu kata kawin seperti mak syafia dan teman lelakinya tu.

Insyaallah peristiwa dera seperti ni tak akan berlaku lagi jika masyarakat semua perihatin dengan apa yang berlaku disekeliling kita.

sekian aje buat kali ni.Wassalam

No comments:

Post a Comment