Monday, August 23, 2010

ramadan di sekitar ku

assalamualaikum,

hmmm lamanya menyepi...sejak2 active brfb , dah kurang masa nk berblog..sibuk dok ingat member2 lama2.ada yg terkejut beruk..sbb dulu bertudung la ni bercolor2 rambut..maklumlah pangkat dah tinggi...ada juga yg dulu berskaf la ni...berkepit dgn org putih....x kurang juga dulu hairfree, rocker la ni alhamdulillah bertudung dan selalu mencari hidayah...apapun itulah manusia, sentiasa berubah2.semoga yg berubah kearah yg x elok tu diberi hidayah lagi sekali oleh Allah...

kadang2 terfikir juga, ada ke org baca blog saya ni hah?tapi x palah blh luahkan perasaan kat sini..Sempena ramadan ni saya nak ucaplah ramadan mubarak walaupun kita dah masuk fasa kedua ni..Betapa ramainya org yg x menghargai fadilat ramadan...sayang sungguh..Selalu saya perhatikan org disekeliling saya...dan bermuhasabah diri..Kadang sedih sgt...tiada beza bln puasa dgn bln yg lain..hanya adalah yg puasa fizikal aje..ada yg sibuk dgn menu nk berbuka aje..kalu di perhatikan...org kita ni ramai yg sibuk nk raya lagi..persiapan nk raya tu huuih..x taulah..shopping ni...baju anak2 sedondong, kurang2 3 pasang sorang, baju mesti branded...ada juga yg jenis x mau yg sale sbb tu dah outdated, fesyen tahun lepasnya..mesti beli new arrival...

Tapi nk tanya sikit,kalu bdk umur setahun, dua tu tau ke baju outdated ke x?tau ke dia pakai kasut adidas ke clark ke?agak2 dia ingat x pengalaman pakai kasut adidas masa tu...Saya bukan jelous tapi yg saya tgk keluarga ni pekerja kilang biasa je..bukannya yg gaji 7,8 ribu..sbln..Sedihnya dia terpaksalah kerja overtime tungging terblk nak cari duit utk anak2...Masa nk beribadat, nk pi surau...blh fikir sendirilah...jumaat n raya jelah tu...jumaatpun ada yg ponteng gak.Pengajian ...x yah ckp..lah..berbuih mulut nasihatpun x pakai gak...

sambung..nntlah...nk gi htr anak sekolah kjp..

sambung blk..kdg2 bila fikirkan, kita ni bila susah mmglah ingat sgt kat Allah, sanggup bangun mlm2 tahajjud berdoa minta hajat kita ditunaikan..pas tu ada yg x sabar2 nk tunggu doa tu dimakbulkan...sampai sanggup kata"..dah x larat saya nk minta doa kat Allah, x dpt2 juga...x taulah kak..."sekarang saya tgk hajatnya dh termakbul, semua impian tercapai,tapi hidupnya semakin sibuk dgn nikmat yg Allah bagi. Pengajian x dpt pergi sbb sibuk,lewat mlm baru sampai rumah..Mudah2an dia ada tenaga lagi utk solat terawih/ tahajjud kerana mensyukuri nikmat yg Allah berikan..Teringat dlm surah Arrahman, berkali2 Allah nyatakan "Maka nikmat Allah yang manakah kamu dustakan?" Apakah nikmat yg Allah dah beri pada kita itu, juga merupakan bala buat kita ,jika kita terlalu sibuk dgn nikmat tersebut,sampai x de masa dgn Allah..

kdg2 rasa mcm nak tegur org mcm ni tp bila???nak jumpapun susah...hanya dlm doa je..minta Allah beri hidayah supaya terbuka hatinya utk belajar ilmu Mu ya Allah..Hidayah kena cari..kena dgr pengajian...baru faham kehendak Islam..kalu setakat doa ,sebut dimulut tanpa niat yg bersungguh2, tanpa usaha utk mencari, rasanya sukar kita nk dpt hidayah..

sepanjang hidup ni ,kita belajar mcm perangai manusia..sampai berumur mcm saya ni pun kena pilih kwn juga.mana satu blh jadi kawan, yg mana kenalan biasa je dan mana satu blh dianggap sahabat.Bagi saya, sahabat cukup istimewa, walaupun jauh, kurang berjumpa tp blh jadi sahabat saya sbb sahabat saya punya prinsip yg sama..ingin mencari keberkatan Allah, saling nasihat menasihati, berlapang dada bila ditegur...inilah sahabat yg blh mengajak kita ke syurga..tapi kalau org yg selalu saya jumpa, byk yg saya anggap kenalan saja sbb jiwa kami x sama..sukar nak menyelami hati mereka.nk tegur kesalahan merekapun payah..Memang semuanya puji, "saya suka tgk family kak, semua berjaya, suami baik,loving,anak2 pandai2, mcmana kak buat?" tapi bila kita terangkan satu2..semua benda kena ambil kira terutamanya pendapatan yg halal, tanpa rasuah,tanpa curi tulang, mkn kena jaga.yg halal.dan mcm2 lagi...mulalah keluar mcm2 alasan plak.
pernah saya tegur"kenapa sekejap pakai tudung ,sekejap x?kalu pakai tudung kena betul2 x leh nampak lengan " tapi jawabnya" kalau suami saya mcm abang(suami saya) saya akna pakai tudung betul2.tapi suami saya ni ,kalau tgk pompuan terbeliak biji mata..So saya kena pakai tudung yg berfesyen,yg nampak moden, nampak muda, up to date sikit".mmmmm sedih saya..apakah Islam itu utk sepanjang zaman.Jadi bg kami ni wanita yg menutup aurat secara syariah dipanggil out of fesyen, x moden(kuno kut), x palah..nnt jawablah kat akhirat..Ingat suami saya blh jadi baik mcm tu aje ke? Dia x putus2 mencari ilmu dunia n akhirat.selalu ke pengajian dari awal2 kami kawin lagi...sampai la ni..Kalu nk jadi mcm keluarga kak, ikutlah cara kak, ni x berbagai alasan di beri...manusia2..itulah yg saya tension dgn depa2 ni...so ni dah diluahkan perasaan ni kurang lah tension..

lepas tu, mereka akan tanya pula,kenapa lah anak2 depa degil x dgr ckp, mcm2 lagi..anak2 kak seronok je tgk, baik , dgr cakap je..itulah,rezeki kena halal..dulu masa mengandung dulu, duit kalau bercampur halal, haram, tulah anak jadi degil...

rasanya kat sini je dulu...nak start buat kerja rmh plak ni...sekian wassalam.

Saturday, March 13, 2010

asrama

assalamualaikum,

Dah lama juga saya menyepi kerana sibuk membantu anak bongsu menghadapi upsr.Alhamdulillah dapat 4A 1B-english.Semasa trail pun dia dapat result sama juga.Anak yg sorang ni lain sikit dgn yang lain.Kena banyak sokongan moral dan kena bantu banyak dalam pembelajaran.So saya dan suami decide nak sekolah kat sekolah biasa aje.Walaupun anak yang lain semua pergi asrama tapi yg ni biarlah kat rumah supaya saya dapat bantu lebih lagi.Lagipun saya bukannya kerja.So saya gali semua nota2 anak ke3 dari form1 hingga form 3, susun semua.Mujur anak saya ni rajin buat nota cantik2 utk adik dia sebab dia tahu nanti adik dia tak pandai nak buat nota.So senanglah sikit tapi saya kena study semua subjek sebelum ajar rayyan.Alhamdulillah saya rasa seronok pula study dan senang pula nak faham sejarah dan yg lain.masa form 1 dulu rasa susah nak faham.masa kat u dulu mana ambik subject tu kan.kalu english, geography tu oklah.math ok juga.

Semasa keluar result kemasukan pelajar ke asrama penuh, smka, dan mrsm, ramai yang complain anak mereka yang 5a dan aktif kokurikulum tapi tak dapat masuk.Ada yang merayu sampai putrajaya dan ada yang guna orang dalam.Tapi bagi yang miskin, layak dan aktif pun banyak yang tak dapat masuk.Saya teringat kata prof madya Dr Habib semasa pengajian bulanan,kalu tak dapat sekolah asrama, kita terima sajalah.Ada hikmah sebalik tu,hanya Allah saja yang tahu.Kalau anak kita dapat masuk asrama dan kebetulan ada anak jiran2 kita yang dapat 5a juga tapi tak dapat masuk asrama, maka janganlah kita bagitau kat jiran2 kita tu yang anak kita dapat asrama sekian2 , anak kamu macamana?Takut2 nanti jiran kita sedih dan timbul pula perasaan dengki.mana tau anak jiran kita lebih aktif dari anak kita ke.Rezeki masing2.Tapi yang saya tak tahannya bila orang yang guna orang dalam dapat masuk asrama, heboh bagitau orang kejayaan anak dia.Kalu pelajar lain yang lebih layak dengar mesti bengang.Bukan apa, nak masuk sekolah asrama biarlah cara yang betul, takut2 anak kita tu ambil tempat orang lain yang lebih layak, mungkin budak kampung baling, kedah ke,miskin lagi.ni dah aniaya orang ni.takut tak berkat je.

Apapun tahniah pada yang dapat ke asrama.Yang tak dapat tu ada lagi peluang semasa PMR.Dari result SPM 2009 antara top student tu ramai yang dari smk aje.So jangan putus asa.PMR nanti score straight A minta masuk SBP atau MRSM.Pada yang berjaya, jangan sombong,jika anda benar2 layak, buktikan anda boleh score straight A dan boleh survive kat asrama.Jangan cari berbagai alasan kalau di suruh aktif sukan ke.Maklumlah kalu dulu sekolah lama tak aktif sukan, tiba2 masuk asrama kena buat itu ini, mulalah complain teruk , panas dan sebagainya.Kalau tak sanggup balik je, ramai lagi yang layak.Pada ibubapa, bersyukurlah banyak2 diatas nikmat yang Allah beri ni.Buatlah sujud syukur.Jadilah islam yang lebih baik untuk menunjukkan kesyukuran kita pada Allah.Janganlah beri alasan sekarang ni makin sibuk nak pergi pengajian kerana sibuk hantar anak ke asrama.Dulu masa anak tak masuk asramapun ,tak da masa juga.La ni lagilah.La ni lagi sibuk siang malam kerja takut tak cukup duit.mana ada masa nak ke surau ke.Ingatlah Allah dah sayang kat kita ,apa yang kita impikan Dia bagi tapi kita ni janganlah jadi manusia yang tak tau berterima kasih.Takut2 Allah ambik balik semua nikmat tu, barulah kita ingat Allah balik.Manusia ni masa susah baru ingat Allah.

Apapun yang penting saya dan rayyan kena berusaha dengan lebih gigih.Untuk Tasneem tahniah kerana kolej islam dapat no 2 dalam top 10 spm 2009.insyaallah nanti tasneem cuba jadi top student ke, yang penting kita buat yang terbaik.Eyzzah, mama tengok dah tak sabar nak gi india, cuti ni dah berapa kali tengok crite hindustan. Ayman see you next year insyaallah.Cukup setakat ni dulu.Wasalam.

Thursday, March 11, 2010

syafia Humaira

assalamualaikum,

Sedih sekali bila membaca kes pembunuhan si kecil ini.Begitu parah masyrakat Malaysia yang kononnya masyarakat penyayang .Sedihnya kejadian tersebut berlaku di kawasan kampung tapi ramai yang sanggup tengok aje, syafia ditendang macam bola.Agaknya budak2 yang main bola semasa tu hanya budak2 sekolah rendah kut, masih takut nak melawan pemandu teksi tu.Kalau kejadian ni berlaku kat bandar tu,paling tidakpun penduduk akan call polis.Orang akan kata orang bandar ni suka buat hal masing2 je tapi rasanya kalu ada benda suspicious mereka call polis serta merta.Tak taulah orang kat kawasan rumah murah batu 10 ulu yam ni,pondan ke apa agaknya.1 orangpun tak boleh lawan ke..........

Tapi kalau tak salah saya, ada penduduk di situ memohon maaf kerana tak dapat menolong syafia.bagi saya kalau dia tak ada masa tu saya terima maafnya tapi kalau dia ada tapi tak boleh tolong kerana pemandu teksi tu kata jangan masuk campur dalam urusan keluarga dia, itu tak masuk akal.Ada masa kita perlu masuk campur dalam hal orang contohnya mcm inilah.Tapi kalau penjahat tu siap pegang pisau ke, pistol ke, barulah tak boleh campur tapi call polis ajelah.Kematian Syafia ni, semua orang kat padang hari itu terlibat sebab mereka tak tolong dia.Tak ada perasaan ke apa orang2 kat situ hah?Kejam ke, penakut ke, itulah sifat yang hapus kita kikis dalam masyrakat kita hari ni.

Sebenarnya Syafia mati kerana Allah nak bongkarkan semua tipu muslihat mak dia,dan keluarga dia.Aduh parah sungguh dunia la ni.Mana mungkin seorang bapa tak ambil peduli anak perempuannya dah bercerai ke, menikah lain ke?Siapa jadi walinya.Tup2 dapat anak lagi sorang.Nampaknya sekarang ni jika anak perempuan tu bercerai ke, ibubapa mesti siasat , temankan anak ke pejabat kadi sampai selesai proses penceraian tersebut.kalau ibubapa tak terlibat pastikan tengok surat cerai sebelum anak tu kawin lain.Tak boleh hanya dengan lisan aje kena bukti yang nyata.Kalau anak datang bagitau dia dah kawin senyap2, minta surat nikahnya.Siasat nikah tu sah ke tak, barulah tak ada masalah nanti bila dah dapat anak nak daftar senang.

Bagi tuan rumah Islam, kalau nak sewa rumah dekat orang ,minta surat nikah dulu.Tak kira muda ke tua pasangan tersebut sebab banyak sangat pasangan yang bersekedudukan.Kalau tuan rumah tu bukan Islam , maka saya syorkan pengerusi persatuan penduduk di kawasan 2 perumahan, melawat setiap jiran Islam yang baru pindah dan minta salinan surat nikah.Dengan ni kita semua taklah menanggung dosa pasangan yang bersekedudukan tapi menipu kata kawin seperti mak syafia dan teman lelakinya tu.

Insyaallah peristiwa dera seperti ni tak akan berlaku lagi jika masyarakat semua perihatin dengan apa yang berlaku disekeliling kita.

sekian aje buat kali ni.Wassalam