Saturday, March 13, 2010

asrama

assalamualaikum,

Dah lama juga saya menyepi kerana sibuk membantu anak bongsu menghadapi upsr.Alhamdulillah dapat 4A 1B-english.Semasa trail pun dia dapat result sama juga.Anak yg sorang ni lain sikit dgn yang lain.Kena banyak sokongan moral dan kena bantu banyak dalam pembelajaran.So saya dan suami decide nak sekolah kat sekolah biasa aje.Walaupun anak yang lain semua pergi asrama tapi yg ni biarlah kat rumah supaya saya dapat bantu lebih lagi.Lagipun saya bukannya kerja.So saya gali semua nota2 anak ke3 dari form1 hingga form 3, susun semua.Mujur anak saya ni rajin buat nota cantik2 utk adik dia sebab dia tahu nanti adik dia tak pandai nak buat nota.So senanglah sikit tapi saya kena study semua subjek sebelum ajar rayyan.Alhamdulillah saya rasa seronok pula study dan senang pula nak faham sejarah dan yg lain.masa form 1 dulu rasa susah nak faham.masa kat u dulu mana ambik subject tu kan.kalu english, geography tu oklah.math ok juga.

Semasa keluar result kemasukan pelajar ke asrama penuh, smka, dan mrsm, ramai yang complain anak mereka yang 5a dan aktif kokurikulum tapi tak dapat masuk.Ada yang merayu sampai putrajaya dan ada yang guna orang dalam.Tapi bagi yang miskin, layak dan aktif pun banyak yang tak dapat masuk.Saya teringat kata prof madya Dr Habib semasa pengajian bulanan,kalu tak dapat sekolah asrama, kita terima sajalah.Ada hikmah sebalik tu,hanya Allah saja yang tahu.Kalau anak kita dapat masuk asrama dan kebetulan ada anak jiran2 kita yang dapat 5a juga tapi tak dapat masuk asrama, maka janganlah kita bagitau kat jiran2 kita tu yang anak kita dapat asrama sekian2 , anak kamu macamana?Takut2 nanti jiran kita sedih dan timbul pula perasaan dengki.mana tau anak jiran kita lebih aktif dari anak kita ke.Rezeki masing2.Tapi yang saya tak tahannya bila orang yang guna orang dalam dapat masuk asrama, heboh bagitau orang kejayaan anak dia.Kalu pelajar lain yang lebih layak dengar mesti bengang.Bukan apa, nak masuk sekolah asrama biarlah cara yang betul, takut2 anak kita tu ambil tempat orang lain yang lebih layak, mungkin budak kampung baling, kedah ke,miskin lagi.ni dah aniaya orang ni.takut tak berkat je.

Apapun tahniah pada yang dapat ke asrama.Yang tak dapat tu ada lagi peluang semasa PMR.Dari result SPM 2009 antara top student tu ramai yang dari smk aje.So jangan putus asa.PMR nanti score straight A minta masuk SBP atau MRSM.Pada yang berjaya, jangan sombong,jika anda benar2 layak, buktikan anda boleh score straight A dan boleh survive kat asrama.Jangan cari berbagai alasan kalau di suruh aktif sukan ke.Maklumlah kalu dulu sekolah lama tak aktif sukan, tiba2 masuk asrama kena buat itu ini, mulalah complain teruk , panas dan sebagainya.Kalau tak sanggup balik je, ramai lagi yang layak.Pada ibubapa, bersyukurlah banyak2 diatas nikmat yang Allah beri ni.Buatlah sujud syukur.Jadilah islam yang lebih baik untuk menunjukkan kesyukuran kita pada Allah.Janganlah beri alasan sekarang ni makin sibuk nak pergi pengajian kerana sibuk hantar anak ke asrama.Dulu masa anak tak masuk asramapun ,tak da masa juga.La ni lagilah.La ni lagi sibuk siang malam kerja takut tak cukup duit.mana ada masa nak ke surau ke.Ingatlah Allah dah sayang kat kita ,apa yang kita impikan Dia bagi tapi kita ni janganlah jadi manusia yang tak tau berterima kasih.Takut2 Allah ambik balik semua nikmat tu, barulah kita ingat Allah balik.Manusia ni masa susah baru ingat Allah.

Apapun yang penting saya dan rayyan kena berusaha dengan lebih gigih.Untuk Tasneem tahniah kerana kolej islam dapat no 2 dalam top 10 spm 2009.insyaallah nanti tasneem cuba jadi top student ke, yang penting kita buat yang terbaik.Eyzzah, mama tengok dah tak sabar nak gi india, cuti ni dah berapa kali tengok crite hindustan. Ayman see you next year insyaallah.Cukup setakat ni dulu.Wasalam.

3 comments:

  1. auntie..
    eyzzah asyik tgk citer hindustan??
    aha..

    ape kaba auntie?

    ReplyDelete
  2. eyt!!!!!

    orang baru tgok 2 kali jeeeee!!!!!

    huih~

    ReplyDelete
  3. thanks kerana sudi baca blog acik...

    take care, study rajin2!

    ReplyDelete