Sunday, June 7, 2009

Bad scenery pollution in malaysia

assalamualaikum,
Semoga Ayman beransur sembuh dari demam dan sihat wal'afiat sebelum balik ke m'sia.Nanti mama masak sedap2 bila Ayman balik nanti ya.

Topic kali ni mungkin pada orang lain x ada masalah tapi pada saya kadang memalukan n menyakitkan mata.Saya ingin memohon maaf andai kata apa yang saya tulis akan menyentuh perasaan sesiapa.Tetapi sebagai seorang surirumah saya ingin menasihatkan rakan2 lain tentang hal ini.Selalunya di Malaysia kita nampak terutama di flat2, kain baju bergantungan di depan2 rumah.Kadangkala ianya memburukkan pemandangan.
Bandar2 di M'sia ni ,kebanyakan rumah teres cantik2 tapi cuba tengok kat mana penghuninya sidai kain baju.kebanyakan atas pagar.Sayapun beli rumah teres juga, hanya itu saja yang termampu.Maklumlah suami aje bekerja.Tapi kalau sidai kain ni, kita buatlah ampaian atau beli aje.Masalah saya bukan kain, baju yang di sidai kat pagar tapi pakaian dalaman yang disidai kat pagar.Cuba perhatikan jiran2 anda, ada x yang sidai pakaian dalaman terang2an tanpa berselindung sikit pun.

Kita ni adalah wanita Islam dididik dgn adat2 ketimuran.Sepatuhnya kita malu nak berkelakuan seperti ini.
Sebenarnya jika kita sidai pakaian dalaman kita kat luar terutama kat pagar2 rumah kita tu , ianya mendatangkan fitnah.Apa x nya, kalau baju dalam tu besar saiznya, kalau orang nampak ada orang akan kata ooo..besarnya boleh buat topi.Atau orang yang lalu lalang kat rumah kita tengok, dia dok agak2 berapa agaknya saiz ni hah.Kalau yang dah buruk tu atau terkoyak tu lagi lah.orang kata , hai orang ni rumah lawa tapi x malu ke tayang pakaian dalaman kat orang,koyak pula tu.X kan X da duit nak beli yang baru.Lagipun malu....oooi.Tapi byak je orang x malu buat mcm tu.Contohnya minggu lepas, kat seksyen 18 rumah corner lot , rmh nya dalam laluan ke masjid seksyen 18.Ramai orang lalu kut rmh tu nak pergi sembahyang Jumaat, tapi yg memalukan tuan rumah tu sidai baju dalam n seluar dalam kat atas pagar lawa rumah dia.Berderet pulak tu.Sedih n memalukan.

Teringat saya semasa di Michigan dulu.Waktu musim panas, kami excited nak jemur kain kat luar apartment.Saya sidai kat ampaian yg saya beli kat pasaraya meijer.Ada pasangan Korea ni, dia ikat tali dari satu pokok ke pokok yang lain.Lalu si isteri sidai baju kat jemuran tu.X sampai 1/2 jam datanglah sebuah kereta peronda polis.Polis tu ketuk pintu2 apartment ,tanya siapa punya baju kat tali jemuran tu.So pasangan Korea tu kena warning sebab itu adalah kesalahan "scenery pollution".Terpaksalah ambik balik semua kain baju n tali2 tu sekali.Tapi kat M'sia ni mana ada mcm tu......

Apa salahnya kita jemur pakaian dalaman kita tu di belakang rumah, tersembunyi sikit, dibahagian tengah2 barisan tali ampaian ke.Pandai2lah puan2 oooi.Satu lagi kalau jiran kita pesan suruh tolong ambikkan kain dia sbb hari dah nk hujan n dia x da rmh.Macamana kita nk ambik kalau dia jemur pakaian dalaman dia kat luar.Kalau pakaian dalaman perempuan tu bolehlah kita pejam mata juga tapi kalau suami dia punya hah apa mcm?eee malu saya nk pegang.So tinggal aje kat situ biar basah kena hujan.So lepas ni faham2 ajelah kalu jemur kain tu.Sebelum keluar angkat dulu kain.

Saya pernah sewa rumah kampung kembar dua.Kalau nak ke rumah saya terpaksalah kami lalu didepan rumah yang pertama kerana tempat letak kereta ditepi rmh pertama.Kalau hujan jiran saya jemur kain di depan rumah dia, sekali dgn pakaian dalamannya.So kalu hujan terpaksalah kami lalu di bawah gantungan pakaian2 dalaman ni untuk ke rumah kami.....

Ini di kampung pula.Kalau hari raya di musim tengkujuh, tengoklah ramai orang sidai pakaian dalaman mereka di depan2 rumah.Malu juga kalau tetamu dtg masa raya ya!Tapi saya x buatlah mcm tu.....Akhirkata saya sudahkan dengan kisah ni...kisah benar...
Suatu hari...seorang cina datang hantar TV baru ke sebuah rumah di kampung pantai timur.Ada seorang budak perempuan yang petah bercakap nampak cina tu datang.Nenek budak ni ampaikan baju dalaman kat ampaian besi depan rumah dia.Nenek ni x tau pun cina tu nak dtg hari tu.So cina tu kata"ooo byknya sotong2 gantung kat sini." Budak perempuan ni pun kata" oh! Yg tu ummi punya, yg ni kak punya, dan yg buruk2 tu nenek punya." Kak budak tu merah muka2. Terus pergi ambil semua sotong2 tu.Dalam hati rasa nak cubit2 mulut budak tu.

So maaflah kalau ada yang terasa.Sesungguhnya malu itu sbahagian daripada iman,kalau kita x malu kpd manusia..apatah lagi kpd Allah.Tapi sama2 lah kita fikirkan benda ni ya.Wassalam.

1 comment:

  1. Insya Allah Ayman akan sembuh xlama lagi.. take care~

    ReplyDelete