Sunday, June 7, 2009

Bad scenery pollution in malaysia

assalamualaikum,
Semoga Ayman beransur sembuh dari demam dan sihat wal'afiat sebelum balik ke m'sia.Nanti mama masak sedap2 bila Ayman balik nanti ya.

Topic kali ni mungkin pada orang lain x ada masalah tapi pada saya kadang memalukan n menyakitkan mata.Saya ingin memohon maaf andai kata apa yang saya tulis akan menyentuh perasaan sesiapa.Tetapi sebagai seorang surirumah saya ingin menasihatkan rakan2 lain tentang hal ini.Selalunya di Malaysia kita nampak terutama di flat2, kain baju bergantungan di depan2 rumah.Kadangkala ianya memburukkan pemandangan.
Bandar2 di M'sia ni ,kebanyakan rumah teres cantik2 tapi cuba tengok kat mana penghuninya sidai kain baju.kebanyakan atas pagar.Sayapun beli rumah teres juga, hanya itu saja yang termampu.Maklumlah suami aje bekerja.Tapi kalau sidai kain ni, kita buatlah ampaian atau beli aje.Masalah saya bukan kain, baju yang di sidai kat pagar tapi pakaian dalaman yang disidai kat pagar.Cuba perhatikan jiran2 anda, ada x yang sidai pakaian dalaman terang2an tanpa berselindung sikit pun.

Kita ni adalah wanita Islam dididik dgn adat2 ketimuran.Sepatuhnya kita malu nak berkelakuan seperti ini.
Sebenarnya jika kita sidai pakaian dalaman kita kat luar terutama kat pagar2 rumah kita tu , ianya mendatangkan fitnah.Apa x nya, kalau baju dalam tu besar saiznya, kalau orang nampak ada orang akan kata ooo..besarnya boleh buat topi.Atau orang yang lalu lalang kat rumah kita tengok, dia dok agak2 berapa agaknya saiz ni hah.Kalau yang dah buruk tu atau terkoyak tu lagi lah.orang kata , hai orang ni rumah lawa tapi x malu ke tayang pakaian dalaman kat orang,koyak pula tu.X kan X da duit nak beli yang baru.Lagipun malu....oooi.Tapi byak je orang x malu buat mcm tu.Contohnya minggu lepas, kat seksyen 18 rumah corner lot , rmh nya dalam laluan ke masjid seksyen 18.Ramai orang lalu kut rmh tu nak pergi sembahyang Jumaat, tapi yg memalukan tuan rumah tu sidai baju dalam n seluar dalam kat atas pagar lawa rumah dia.Berderet pulak tu.Sedih n memalukan.

Teringat saya semasa di Michigan dulu.Waktu musim panas, kami excited nak jemur kain kat luar apartment.Saya sidai kat ampaian yg saya beli kat pasaraya meijer.Ada pasangan Korea ni, dia ikat tali dari satu pokok ke pokok yang lain.Lalu si isteri sidai baju kat jemuran tu.X sampai 1/2 jam datanglah sebuah kereta peronda polis.Polis tu ketuk pintu2 apartment ,tanya siapa punya baju kat tali jemuran tu.So pasangan Korea tu kena warning sebab itu adalah kesalahan "scenery pollution".Terpaksalah ambik balik semua kain baju n tali2 tu sekali.Tapi kat M'sia ni mana ada mcm tu......

Apa salahnya kita jemur pakaian dalaman kita tu di belakang rumah, tersembunyi sikit, dibahagian tengah2 barisan tali ampaian ke.Pandai2lah puan2 oooi.Satu lagi kalau jiran kita pesan suruh tolong ambikkan kain dia sbb hari dah nk hujan n dia x da rmh.Macamana kita nk ambik kalau dia jemur pakaian dalaman dia kat luar.Kalau pakaian dalaman perempuan tu bolehlah kita pejam mata juga tapi kalau suami dia punya hah apa mcm?eee malu saya nk pegang.So tinggal aje kat situ biar basah kena hujan.So lepas ni faham2 ajelah kalu jemur kain tu.Sebelum keluar angkat dulu kain.

Saya pernah sewa rumah kampung kembar dua.Kalau nak ke rumah saya terpaksalah kami lalu didepan rumah yang pertama kerana tempat letak kereta ditepi rmh pertama.Kalau hujan jiran saya jemur kain di depan rumah dia, sekali dgn pakaian dalamannya.So kalu hujan terpaksalah kami lalu di bawah gantungan pakaian2 dalaman ni untuk ke rumah kami.....

Ini di kampung pula.Kalau hari raya di musim tengkujuh, tengoklah ramai orang sidai pakaian dalaman mereka di depan2 rumah.Malu juga kalau tetamu dtg masa raya ya!Tapi saya x buatlah mcm tu.....Akhirkata saya sudahkan dengan kisah ni...kisah benar...
Suatu hari...seorang cina datang hantar TV baru ke sebuah rumah di kampung pantai timur.Ada seorang budak perempuan yang petah bercakap nampak cina tu datang.Nenek budak ni ampaikan baju dalaman kat ampaian besi depan rumah dia.Nenek ni x tau pun cina tu nak dtg hari tu.So cina tu kata"ooo byknya sotong2 gantung kat sini." Budak perempuan ni pun kata" oh! Yg tu ummi punya, yg ni kak punya, dan yg buruk2 tu nenek punya." Kak budak tu merah muka2. Terus pergi ambil semua sotong2 tu.Dalam hati rasa nak cubit2 mulut budak tu.

So maaflah kalau ada yang terasa.Sesungguhnya malu itu sbahagian daripada iman,kalau kita x malu kpd manusia..apatah lagi kpd Allah.Tapi sama2 lah kita fikirkan benda ni ya.Wassalam.

Sunday, May 31, 2009

MSG is every where...........

assalamualaikum,

Saya selalu berazam nak jadi a good mom yg prepare good and healthy meals for my family.Selalunya saya dpt info pasal health ni dari Mercola.com.So hari ni saya baca article tentang MSG. MSG ni mengikut kajian keatas mice, blh damage brain nerves system straight away.So bayangkan mak2 yg selalu gunakan msg dlm makanan dan sebenarnya mereka ni beri racun pada anak2 mereka secara diam2 tanpa mereka sedari......owch!!! Ibu mcmanalah kita ni.Pentingkan kesihatan atau pentingkan sedapnya masakan kita.Kalau sedap masakan kita disebabkan MSG x da maknanya.Cubalah kita hayati rasa makanan itu yg sebenarnya.Kalau kita dpt hayati tu, kita dah x perlu susah2 nk tambah byk2 perisa spt gula,garam, sikit2 cukuplah.Msg lagilah nk perlu.

Kadang2 kita blh gantikan msg dgn benda lain.Contohnya dlm laksa penang,kita blend sebiji tomato dlm kuah laksa tu.Rasa tu insyaallah sedap mcm bubuh msg juga.Kalau kita panaskan esok hari , lagi sedap.Rahsia ni saya dpt dari ustazah Faridah yg mengajar kat seklh Ibnu Khaldun, Jln kebun.So saya selalu blend tomato masukkan dlm kuah kari dan masakan lain.

Sekarang ni pengilang makanan dah sedar bahawa pengguna dah sedar pasal racun msg ni, so mereka guna nama lain selain msg.Kalau kita baca lebel makanan itu kita tahulah.

Here is a list of ingredients that always contain MSG :
1-Autolyzed Yeast
2-Glutamate
3-Monopotassium Glutamate
4-Textured Protein
5-Calcium Caseinate
6-Glutamic Acid
7-Monosodium Glutamate
8-Yeast Extract
9-Gelatin
10-Hydrolyzed Protein
11-Sodium Caseinate
12-Yeast Food
13-Yeast Nutrient

So kalau jumpa benda2 ni kat lebel makanan eloklah kita jauhkan.Bila difikir2kan hai, susahnya nk cari makanan healthy ni kat pasaran.So the best thing is masak sendiri.Kalau makan kat kedai for sure makanan tu ada msg.Dahlah makanan panas2 tu dihidangkan dlm mangkuk, pinggan melamine,air suam pun dalam gelas plastik juga.So kita x cerita pasal kesan toxic dari plastik keatas makanan kita lagi.....OOiiii byknya racun..Ya Allah susahnya nk jadi ibu mithali ni.Bab sediakan makanan pun mcm hari2 bagi racun kat anak kita je.Berbalik pada topic kita MSG ni...Yang pelik nya MSG ni boleh jadi dgn sendirinya masa dlm process nk buat makanan.Ini menurut Dr Mercola ni.So ni lagilah susah..Jadi nk makan apa hah?

These ingredients often contain MSG or create MSG during processing:

1-Flavors and Flavorings
2-Natural Chicken Flavoring
3-Stock
4-Anything Enzyme Modified
5-Protease
6-Seasonings
7-Soy sauce
8 Broth
9-Carrageenan
10-Corn Starch
11-Anything Ultra Pasteurized
12-Natural Flavors and Flavorings
13-Soy Protein Isolate
14-Malt Extract
15-Maltodextrin
16-Citric Acid
17-Natural Pork Flavoring (ni kita memang x mkn.)
18-Soy protein
19-Malt Flavoring
20-Pectin
21-Powdered Milk ( mcmana ni susu anak 2 kita..ni.susu ibu lagi baik..)
22-Natural Beef Flavoring
23-Bouillon (kuib2 ayam, ikan bilis etc)
24-Barley Malt
25-Enzymes
26-Anything Protein Fortified

So if you do eat processed foods,please remember to be on the lookout for these many hidden names for MSG.

So bayangkan kalau ibu2 yg sengaja bubuh Msg dlm makanan, berapa kali ganda msg kita masukkan.MSG yg tersembunyi, msg yg terbentuk sendiri dlm process membuat makanan yg sukar kita elakkan....lagi.Fikir baik2 sebelum masak kat anak2.Kalau boleh gunakan bahan yg segar bukan yg ready made.Contohnya guna udang,ayam,atau sotong segar dalam perencah mee, nasi, bihun goreng.Jgn guna fish ball, fish cake, nugget ke, semua tu x berkhasiat banyak racun dari vitamin.Sayur pula tanam sendirilah .Kat kedai tu byk pesticide sangat..

So nak jadi ibu akhir zaman ni mencabar sikit.Sebab tulah ramai anak2 yg degil2 sangat , selalu x dgr cakap.Mungkin sel2 otak nya dah byk yg rosak sebab mak dia sendiri bagi racun tiap2 hari.... iaitu msg....

Sekian, buat kali ni.Wasallam.

Assalamualaikum..

salam perkenalan.Sebenarnya kerana anak2 dah besar, so saya ingin memanafatkan sedikit masa lapang saya untuk berkarya atau menyalin kembali nota2 usrah dulu2 dlm blog ni.Mungkin ianya berguna pada siapa aje yg sudi menjenguk blog ni.Juga saya ingin menulis apa2 pesanan utk anak2 saya ayman di RIT, NY.dan Eyzzah di MSU,Shah Alam, insyaallah akan ke India next year,Tasneem di smka Kuala Selangor dan Rayyan di sk Sg Binjai,Meru.

Mungkin juga dpt saya coretkan pengalaman2 saya semasa di NY dan Michigan dulu.Ingin juga saya berkongsi pengalaman mendidik2 anak2 saya yg 4 orang ni.Sekian saja buat kali ni.Jumpa lagi.